Dalam kamus hidup aku , tak ada istilah AYAH.
Aku dibesarkan untuk berdikari tanpa kehadiran seorang LELAKI.
Bagi aku, semu lelaki tak guna.
Semua lelaki tak boleh diharap.
Semua lelaki macam fucker je perangai.
Aku tak pernah rasa apa itu kasih sayang seorang ayah.
Tak pernah aku rasa gurauan seorang ayah.
Tak pernah aku rasa masa berkualiti bersama seorang ayah.
Tak pernah aku rasa bahagia bersama seorang ayah.
Siapa kata aku tak peduli?
Siapa kata aku tak rindu?
Siapa kata aku tak cemburu dengan orang lain yang ada ayah?
Puas aku membenci ayah kandung aku sendiri .
Selama 16 tahun. Baru kini aku menyayangi dirinya.
Entah kenapa... terbit perasaan sayang dalam jiwa ini.
Terbit perasaan rindu yang membuak buak.
Terbit perasaan ingin memeluk erat tubuhnya.
Jauh di dalam hati, ingin saja aku katakan kepadanya...
Bahawa aku sayangkan dirinya.
Aku perlukan dirinya.
Tapi aku ego. aku malu !
Tomahan dan hinaan pernah aku lemparkan padanya.
Dan kini aku ingin memeluk dan mengatakan aku sayangkan dia?
Aku malu !
Yang berada di depan mata kini,
cumalah ayah tiri.
Yang aku anggap cuma sebagai lelaki yang halal serumah denganku. Dengan mama.
Segala yang ada pada dirinya, aku benci.
Setiap kali memandang wajahnya, aku benci.
Setiap butir bicaranya, aku benci.
Hanya perasaan benci yang wujud.
Perasaan benci yang pernah dulu aku wujudkan kepada ayah kandungku.
Kini beralih kepada ayah tiriku.
16 tahun untuk aku berlembut hati memaafkan kelakuan ayahku.
Apatah lagi ayah tiriku ..
Yang segala tingkahnya menimbulkan perasaan meluat kepadaku.
Berapa lama akan aku membencinya?
Tambahan pula, sikapnya yang tidak ambil peduli.
Lagi aku benci.
Maaf, tapi aku benci kau .
Maaf, ayah aku cuma dia.
Maaf, kau bukan ayah.
No comments:
Post a Comment